Koleksi Asia Tenggara Koleksi Asia Tenggara dan Dokumen

Koleksi Asia Tenggara (KAT) telah ditubuhkan pada tahun 1977. KAT merupakan koleksi asas penyelidikan perpustakaan.

Bahan-bahan dalam koleksi ini meliputi pelbagai bidang perkara termasuk agama, bahasa, kesusasteraan, sejarah, politik, sosiologi, ekonomi, kebudayaan, undang-undang, pendidikan serta sains dan teknologi. Pemilihan bahan-bahan adalah berdasarkan kepada kawasan dan perkara, iaitu negara-negara di kawasan Asia Tenggara, terdiri dari Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Bahan-bahan yang terdapat dalam koleksi ini antaranya ialah buku, tesis pasca siswazah dan kertas kerja persidangan/seminar. Bahan-bahan yang dikumpul merangkumi penerbitan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, Bahasa Inggeris, Bahasa Belanda dan sedikit dalam bahasa-bahasa lain.

Matlamat

    • Membina Pusat Kecemerlangan Sumber Maklumat yang lengkap dalam bidang pengajian Asia Tenggara.
    • Untuk mengumpul dan menempatkan bahan-bahan mengenai Asia Tenggara dalam pelbagai bidang perkara di suatu ruang khas supaya pengguna dan penyelidik sentiasa dapat membuat rujukan.
    • Untuk menguruskan dan mendokumenkan semua bahan-bahan mengenai Asia Tenggara dalam pelbagai bidang perkara meliputi agama, bahasa, kesusasteraan, sejarah, politik, sosiologi, ekonomi, kebudayaan, undang-undang, pendidikan, alam sekitar, sains dan teknologi.
    • Untuk memilih dan mendapatkan semua bahan-bahan dari negara-negara Asia Tenggara berasaskan kawasan iaitu negara-negara seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam, Thailand, Laos, Myanmar, Kampuchea dan Vietnam. Walaubagaimanapun perpustakaan memberikan penumpuan terhadap perolehan penerbitan mengenai Malaysia, negera-negara ASEAN dan Asia Tenggara secara umum.

Koleksi Tesis dan Kertas Kerja Seminar / Persidangan

Koleksi tesis terdiri daripada tesis pascasiswazah (tesis Sarjana dan Doktor Falsafah UKM) dan tesis yang dibeli oleh perpustakaan iaitu yang diterbitkan oleh UMI. Manakala kertas kerja seminar /persidangan/bengkel/konvensyen terdiri daripada bahan yang belum diterbitkan. Bahan-bahan tersebut hanya untuk rujukan didalam kawasan Koleksi Asia Tenggara sahaja.

Awalan bahan di Koleksi Asia Tenggara adalah seperti berikut:

Jenis BahanAwalanContoh No. Panggilan
Buku / MonografKatKat DS518.1.K5
Kertas Kerja SeminarKat RujSem HF5549.S4
Bahan RujukanKat ZZKat Ruj DS526.7
Bahan BibliografiKat Sem/SemKat ZZ DS525.9.J3
Tesis Sarjana & PhDKat 4/4/TesisTesis Kat BC177.S5

Dasar Pinjaman Bahan

Kelayakan Pinjaman Bahan KAT

KategoriBilanganTempoh
Pelajar / Pengguna1 naskhah2 jam
Ahli Akademik3 naskhah7 hari
Pegawai1 naskhah7 hari

Buku / Kertas Persidangan

    • Pengguna dibenarkan meminjam untuk rujukan satu bahan untuk tempoh 2 jam dan hanya dibenarkan untuk menukarkan kepada tajuk yang lain setelah 1 jam.
    • Oleh kerana koleksi ini adalah Koleksi Akses Terhad pengguna dibenarkan mengguna atau merujuk bahan-bahan tersebut hanya di ruang Koleksi Asia Tenggara sahaja dan tidak dibenarkan membaca sambil lewa (browsing) di rak.

Bahan Tesis

    • Hanya dibenarkan membuat rujukan di ruang koleksi yang disediakan.
    • Membuat salinan fotokopi tesis adalah menjadi satu kesalahan kerana ianya tertakluk dengan Akta Hakcipta 1987.

Pameran Buku Baru

Buku yang baru diperolehi akan dipamerkan di Sudut Pameran selama sebulan. Buku hanya boleh dipinjam selepas pameran.